Psychological First Aid Training (PFA) di Bilik AV Pustaka Miri

Pada hari Sabtu, 5 Mac 2016 yang lepas, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Miri telah menganjurkan Latihan Bantuan Kecemasan Psikologi (Psychological First Aid Training) bermula jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Bilik AV, Pustaka Miri.

IMG_7605

Program ini bertujuan untuk melatih sukarelawan i-Bantu Daerah Miri serta organisasi-organisasi di sekitar Miri untuk memberi bantuan yang praktikal daripada aspek psikologi dan sosial bagi gologan yang menghadapi bencana serta kejadian yang serius dan traumatik. Ia juga bertujuan untuk mendekatkan lagi jaringan organisasi-organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bantuan kemanusiaan serta khidmat masyarakat di Miri.

 

IMG_7604

Seramai 38 peserta yang terdiri daripada  pelbagai organisasi termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Miri, Hospital Miri, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, ahli jawatankuasa Masjid Darul Hana,Lambir dan lain-lain telah hadir dalam menjayakan program PFA tersebut.

IMG_7602

Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Tuti Iryani Binti Mohd Daud, Pakar Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Beliau juga merupakan Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Ahli (PEKA) dan Psikospiritual Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Sila klik pada tautan berikut untuk mendapatkan bahan-bahan kursus PFA :

PFA materials (Guide for fieldworkers, powerpoint)

http://tinyurl.com/hufx3hr

 

PFA on Coursera (John Hopkins University):

https://www.coursera.org/learn/psychological-first-aid

 

National Child Traumatic Stress Network (NCTSN) online course (with certificate):

http://learn.nctsn.org/enrol/index.php?id=38

 

NCTSN Fields Operations Guide:

http://www.nctsnet.org/nctsn_assets/pdfs/pfa/2/PsyFirstAid.pdf

 

atau imbas pada Kod QR berikut :

IMG_7603

 

“From Zero to Hero” di SMK Bekenu bersama IKRAM Teens Miri

Pada Sabtu, 25 Oktober 2014, program “From Zero to Hero ” telah dijayakan oleh 6 orang fasilitator IKRAM Teens dengan kerjasama pihak SMK Bekenu. Seramai 25 orang pelajar telah menyertai program tersebut yang merangkumi sessi ‘ice-breaking’, solat sunat dhuha dan aktiviti ‘explorace’. Program berakhir sebelum solat zohor dengan sessi fotografi antara fasilitator dan pelajar. Continue reading

SMK Agama Miri bermalam dan berpagi dengan IKRAM Teens

IKRAM Teens dengan kerjasama warga pendidik SMK Agama Miri telah berjaya melaksanakan program qiyamullail dan riadah bersama 81 pelajar lelaki dan 135 pelajar perempuan  pada Jumaat, 24 Oktober 2014. Sessi qiyamullail yang dilaksanakan di surau sekolah telah diisi dengan perkongsian ayat 110 dari surah Ali Imran dan slot taaruf (perkenalan) bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator IKRAM Teens Miri. Continue reading

Ceramah Maal Hijrah di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya

Pada Jumaat, tanggal 24 Oktober 2014, satu kuliah sempena sambutan Maal Hijrah telah diadakan di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya selepas pembacaan doa awal tahun. Kuliah telah disampaikan oleh Tuan Haji Yasmin Hasyim yang merupakan seorang tenaga pengajar di SMK Semerah Padi, Kuching. Program ini dibawa khas oleh Jawatankuasa Dakwah IKRAM Miri dengan kerjasama Jawatankuasa  Masjid Ar-Rayyan Permyjaya. Continue reading

Majlis Pertemuan Bersama Jawatankuasa Pusat IKRAM

Pada tanggal Ahad, 19 Oktober 2014, telah berlangsung satu sesi pertemuan di antara ahli IKRAM Miri bersama Naib Presiden IKRAM selaku wakil Jawatankuasa Pusat IKRAM, iaitu Tuan Haji Zaid bin Kamaruddin.  Pertemuan yang berlangsung di Kelab Rekreasi Petroleum, Lutong, turut disertai oleh kontijen dari IKRAM Bintulu bagi mengambil peluang mendapatkan maklumat terkini dari kepimpinan pusat.

Continue reading

HARMONIKAH MALAYSIA ?

10639716_10202321000682896_3540216575127895901_n

57 tahun mengecapi nikmat kemerdekaan. Malaysia yang dibentuk pada 1963 hasil daripada penggabungan Sabah, Sarawak, Singapura (suatu ketika dahulu) dan Tanah Melayu adalah hasil kerjasama, toleransi, sifat saling menghormati, saling menerima dan memberi pelbagai kaum. Apakah kini setelah 51 tahun terbentuknya Malaysia, kita menikmati keharmonian yang diharapkan?

Harmoni diertikan sebagai keadaan yang selamat dan bahagia antonim kepada rasa waspada dan derita. Kayu ukurnya mudah sahaja. Apakah setiap rakyat Malaysia hari ini dari kepelbagaian kaum merasai rasa selamat dan bahagia tinggal di setiap inci, bergerak di setiap penjuru tanah air ini? Malaysia dibentuk atas semangat dan toleransi masyarakatnya yang saling menghormati dan menerima kepelbagaian masing-masing.

Namun mutakhir ini, kita melahirkan kebimbangan dengan fahaman politik yang ekstrem, sikap rasisme yang berleluasa serta ketegangan antara agama. Perbezaan mazhab, agama, bangsa, kaum dan fahaman politik jika tidak ditanggani dengan bijaksana akan membawa kepada perpecahan. Perbezaan sewajarnya memperkayakan kita dengan kepelbagaian pilihan untuk disinergikan bagi menjana kekuatan bersama. Ini terbukti dalam usaha menuntut kemerdekaan buat negara dahulu, perbezaan kaum, agama dan budaya bukanlah batu penghalang sebaliknya dijadikan sebagai sebab untuk mereka bersatu padu bagi bekerjasama mencapai kemerdekaan.

Ketegangan antara kaum berpunca daripada sikap beberapa pihak mengapi-apikan hak kaum-kaum tertentu. Perasaan merasakan hak kaumnya terancam menjadikan mereka ektrem untuk tampil mempertahankan hak mereka walhal perkara berkaitan hak kaum ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Lalu apakah yang menjadikan mereka ini ektrem serta rasis? Ketidakupayaan untuk mengoptimakan dan kegagalan mensinergikan perbezaan untuk membawa kejayaan menjadi faktor mereka sentiasa merasa terancam.

Setiap kaum atau mana-mana kumpulan wajar mengetahui bahawa Perlembagaan Malaysia sudah menjamin hak kaum Melayu dan institutsi beraja. Sewajarnya isu bahawa hak kaum bumiputra terancam tidak harus dibangkitkan. Mengubah perlembagaan bukanlah mudah. Ianya memerlukan kelulusan lebih 2/3 ahli Dewan Rakyat. Dalam menanggani kebimbangan ini, serangan menerusi media dan laman social serta provokasi dengan demonstrasi atau menyerang rumah ibadat adalah satu langkah ke belakang. Tidak mencerminkan kematangan rakyat Malaysia. Duduk bersama, berbincang dan bersemuka secara telus, bersedia untuk mendengar dan saling bertoleransi akan membawa kepada impak yang positif malahan membuka kepada pintu kerjasama dalam pelbagai hal yang lain.

Melihat kepada ketegangan lantaran isu kalimah Allah, ugutan dan amaran daripada beberapa pihak khususnya bukanlah jalan penyelesaian. Malahan menampakkan lagi ketidakmatangan mereka dalam menanggani provokasi ini. Tindakan seperti ini hanya akan menimbulkan ketegangan dan membina jurang yang lebih dalam antara agama. Sewajarnya, ruang ini menjadi tapak permulaan untuk kita menerangkan ajaran Islam yang benar dengan berhikmah. Usaha seperti ini mampu mendekatkan masyarakat kepada Islam dalam kerjasama pelbagai perkara dan tidaklah Islam itu hanya terkongkong dalam ruang lingkup masjid sahaja. Sebaliknya kegagalan kita mengambil ruang untuk tampil menyampaikan Islam dalam isu ini akan menjadikan Islam itu terus dipandang negative dan agresif.

Justeru melewati separuh dekad kemerdekaan, kematangan dan kedewasaan seharusnya menjadi kayu ukur kepada kemerdekaan kita. Apakah dalam menanggapi isu seperti ini kita hanya bertegang leher dan menyerang rumah ibadat agama lain? Sampai bila isu ini harus berpanjangan dan dibiarkan bergantung tidak bertali walhal ia sepatunya menjadikan kita mampu untuk saling memahami, mengerti dan seterusnya hidup bersama membina keharmonian buat negara.

Forum, dialog, konferens dan ruang-ruang perbincangan harus dimanfaatkan oleh kita untuk membina ruang persefahaman dan kerjasama. Inilah medium terbaik untuk kita tampil dengan hak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia bagi menerangkan kemurnian dan indahnya Islam kepada masyarakat di luar sana. Ugutan, amaran, provokasi, demonstrasi dan serangan menerusi media tidak akan membawa masyarakat mendekati Islam sebaliknya hanya menjadikan kita dimusuhi.

image005

Siswa Talk : Memberi kefahaman tentang erti kemerdekaan

image007

Justeru kita berharap agar usaha membina keharmonian dalam bangsa Malaysia ini dipelopori oleh generasi mahasiswa mahasisiwi. Mereka harus menjadi role model dalam masyarakat. Kerjasama menerusi ruang-ruang yang ada dalam persekitaran kampus dan program-program luar harus menampakkan kerjasama merentas perbezaan agama, budaya dan kaum ini. Kita menyakini bahawa setiap organisasi, agama dan individu menginginkan kebaikkan untuk bersama, justeru golongan bijak pandai serta generasi pelapis pimpinan masa hadapan ini wajar mengetengahkan prinsip kerjasama dan menerima antara satu sama lain untuk membina keharmonian bangsa Malaysia.

Dalam konteks Malaysia, kita bukan sahaja berdepan dengan masyarakat muslim sahaja. Namun kita mendepani masyarakat majmuk. Perlembagaan menjamin hak kita untuk memimpin. Justeru bagaimana kita harus memimpin dan mengambil segala ruang yang ada untuk menerangkan Islam sebaiknya? Sikap toleransi, ketelusan, kebijaksaan dalam menyampaikan dan menyuarakan hak kita serta sikap saling menghormati akan meraih kerjasama daripada pelbagai pihak untuk kita berdialog bersama mereka. Maka benarlah, perbezaan menyatukan kita!